Thursday 4 December 2014

Suatu kelahiran yang dinantikan..

 Gambar irfan sebelum umurnya sebulan.

Assalamualaikum..jeng...jeng..jeng...sapa nak baca cerita pasal budak besar yang suka mengamuk...haaa , disinilah bermula segalanya..
Pertama..sorrylah , kalau cara penulisan saya yang lintang pukang ni..nak buat camne ..bukan berjiwa sastera gitew..
Kalau tidak kerana permintaan kenkawan supaya cerita irfan ini di teruskan..mau sampai hari ini saya tak tau camne nak  buat blog bagai...punyalah, kurangnya kepandaian bab komputer ni..tahu guna komputer hanya untuk kerja sekolah dan kerja kursus IPG sahaja . Apa pun , saya rasa satu nilai yg baik ada pada saya adalah...saya suka membaca dan mencuba...so, sepetang dok korek sana sini ilmu dalam tenet ni..maka lahirlah blog sempoi ini. Moga apa yg saya hadapi sepanjang pembesaran irfan akan menjadi satu pengarajaran dan panduan untuk semua..hidup mesti berilmu..
okiezz...mari mulakan dengan sejarah kelahiran budak Irfan yang kami panggil adik atau ipang..( maklum org trengganu..mesti ada "g" selepas "n" )
Lahir pada 11/10/1994 di hospital besar kuala trengganu..sempurna fizikalnya tanpa cacat cela  dengan berat 3.6 kg. Anak kedua dan kalau mengikut perancangan kami, bukanlah anak yang terakhir buat kami...itu yang kuar ayat..kita merancang, Tuhan yang menentukannya. Lahirlah irfan sebagai anak kedua dan terkhir dalam kelurga kecit kami..saya, hubby, arwah ibu mertua dan along .
Nama irfan pun kami cari selepas kelahirannya...ingatkan dapat baby girl sbb semasa scan , doctor bagitau akan dapat baby girl ( actually..saya tersangat ingin anak pompuan , so pergi buat scan kat klinik swasta..agaknya doktor tengok saya teringin sgt nak baby girl..dia pun cakaplah..anunya tak nampak tapi saya sure sgt ini baby girl...ayoooo doctor, u buat kami mengumpul nama pompuan berderet panjangnya..and salah satunya jasmine awieya...hehehehe )
Hari kedua kuar hospital, kami balik ke umah kedai kami..rumah kedai kayu 3 unit, cam umah teres gitu. Kedai hujung adalah kedai runcit,yg tengah kedai makan sarapan pagi ( kedai ni pemes dgn nasi dagangnya ) n kedai runcit kami. Yg kedai nasi dagang, pak cik n mak cik tu datang awal pagi untuk memasak n balik lepas zohor n datang semula lwepas asar dan balik lepas isyak..maknanya kedai tengah tu tak de penghuni waktu malam.
Bila tahu saya dah bersalin , ramailah pelanggan tetap kedai yang datang membeli barang ( sebenarnya ramai yg berhutang heheheh kedai kampung katakan ) sambil melawat irfan. Tak de sorang pun yang perasaan apa-apa keganjilan pada irfan..apatah lagi saya dan hubby yang ketika itu berumur 26 tahun.( Memang pun , anak autisma mana ada cacat celanya secara fizikal)  Membesarlah irfan dibawah pengawasan ibu mertua yang banyak pantang larang dan petuanya.
Dalam usianya mencapai beberapa bulan, saya mula terpersaan keadaannya..Kenapa irfan tak de tindakbalas bila saya bunyikan mainan atau panggil namanya , tak de senyum bila di agah dan sebagainya.
Di sekolah, ada seoran guru yang punya anak 2 bulan lebih muda dari irfan..dan saya sering bertanya perkembangan anaknya.Dari situ, saya dah dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan irfan...tapi biasalah bagi mak mertua, irfan mungkin lambat sikit berbanding dengan baby yang lain.
Bila dia membesar, dia semakin kurang tidur..kalau tidur pun , mesti dalam buai yang sentiasa bergerak. Masa tu...buai letrik pun tak jual lagi kat tempat saya..so, nak tercabut lah jugak sebelah tangan membuaikannya. Buai berhenti, mata pun celik....adeh...lenguh weii..nasiblah mak mertua rajin bab membuai cucu ni. Hubby pulak jaga kedai dan saya bekerjalah...mengajar.
Bila irfan pandai berjalan. aduhai..letih tak terkata...sepanjang masa bergerak kecuali time menyusu dan tidur. Irfan tak lama menyusu badan sebab bila saya ke sekolah , mak mertua buatkan susu dan bila saya balik sekolah pun , mak mertua akan menyusukan irfan dan saya di suruh berehat. Mak sangat baik, along dan irfan akan di jaga untuk beberapa jam selepas saya balik dari sekolah supaya saya boleh berehat , bukan itu saja..makanan tengahari pun mak yang masakkan . Bila saya balik kerja..semua sudah tersedia..
Rumah kedai kami di tepi jalan utama Kuala Trengganu-Kuala Berang. Jadi, sepanjang masa kami terpaksa awasi pergerakan irfan. Antara ruang dapur dan kedai, kami buat pagar supaya irfan tidak boleh masuk ke ruangan kedai...tapi kadang2 terlepas jugak, time ramai pelanggan..terlupa nak kunci pagar. Sekali sekala dia dapat keluar ke ruangan kedai...adusss...banyaklah kerosakkan harta jualan dikerjakannya , apatah lagi waktu itu, beras, gula , gandum , minyak masak , minyak petrol kesemuanya mesti di sukat dahulu ..tak de yang siap ber pack. Yang selalu jadi bahan maianannya adalah tepung gandum ..entah napa dia suka main gandum , kadang masuk dalam guni gandum n  mandi dengan gandum lagi..selalu lah seguni gandum baling belakang rumah , bagi makan ayam
Satu lagi yang dia suka main..pengepam minyak..dulu  ( sebelum ada minyak berbungkus ) kami kena pam minyak masak ke dalam pastik dan ditimbang untuk 1/2 kilo atau 1 kg. Dapat ke irfan..habis meleleh minyak di pam. Kadang terleka..hubby ingat saya yang pam minyak, irfan dalam umah dgn mak mertua...mertua ingat irfan dgn saya..gitulah saya ingatkan hubby , hubby ingatkan saya,..last2 perasaan irfan tak de, baru lah kelam kabut..minyak dah meleleh-leleh penuh lantai..terpaksalah tutup kedai untuk pembersihan...bila tutup kedai, mulalah mulut masing2 bising saling tuduh menuduh...hahahahhah..itu belum lagi bab irfan terlepas ke jalan raya yang buat buat mak, ayah n neneknya berperang mulut macam murai tercabut ekor...huhuhu
..bersambung....irfan dah "sound"...nak makan agaknya..                                                                                                                                                             .

16 comments:

  1. Assalamualaikum kak jas..Ha pandai pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws. 1,2,3 testing .hahahahha jadi ponggg.

      Delete
  2. akak nanti sambung lg ya...thanks for sharing your precious story with us... akak one of my inspiration la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah...tapi baca akak punya cerita, sila abaikan ejaan , tanda baca dan tata bahasanya..akak main tulis aje apa yg terlintas...bahasa ke laut.

      Delete
    2. haha... yg penting mesej akak sampai ke jiwa saya n pembaca2 yg lain...teruskan ya...

      Delete
  3. teruskan perkongsian yg menerbitkan keinsafan masyarakat yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan saudara. Tujuan saya pun supaya ibubapa generasi baru dapat membuat perbandingan dan sentiasa berfikiran positif bila berhadapan dengan cabaran hebat ini.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Tahniah atas kelahiran blog ni..lps ni blh la mengikuti perkembangan irfan & akak sekeluarga..semoga perkongsian ilmu disini blh membantu saya membaiki diri sbgai ibu kpd anak syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu ( bahasa inggeris trengganu ..hehehe )..bacalah ..apa yg baik ,boleh ikut..apa yg tak sepatutnya..buang ke laut , ..

      Delete
  6. Nice writing and lovely..penulisan selamba macam blogger anak2 dara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su..nak buat cam ne, umur je tua..jiwa remaja..hahaha..sebab tu happy sokmo. Apa pun..tengkiu lah su pasal perkongsian ilmu ari tu..

      Delete
  7. Replies
    1. Tengkiu..rajin2 lah jengok blog akak..ahakk!

      Delete
  8. Replies
    1. tengkiu...kalau suke , sile lah bace yang seterusnya..

      Delete