Friday 5 December 2014

ba..ba...ba...wangg....bawang.

ba...ba...bawang..

masa irfan kecit2 dulu, dia seringkali menangis...orang tua-tua kata sawan tangis..
menangis pulak time senja....maka berasap lah umah kedai kami.Emak , kalau irfan atau along menangis, gerenti dia buat rabung....hahahaha , mesti ramai tak tau rabung tu apa..(rabung ye bukan rebung...rebung i like, rabung...huhuhu i hate )
Saya pun mulanya  tak tau rabung ni apa hingga saya dapat along sebab mak ayah saya educated lah jugak zaman mereka dulu tu..arwah ayah pengurus Felda n  mak pulak layak jadi ustazah..tapi tak  jadi , atuk tak kasi..tapi mak n ayah jenis open minded , terbuka lah jugak minda and percayakan perubatan moden bagai. Berlainan dengan mertua..arwah mak mertua buta huruf and lebih percayakan bomoh...hospital..jgn sekali-kali..tapi arwah mertua and arwah pak mertua ( saya tak kenal..meninggal ketika hubby umur 13 tahun ) sangat pandai berniaga hingga kan arwah pak  mertua sempat  tubuhkan syarikat kontraktor sebelum beliau meninggal .
opps...aisay melalut cerita salah silah keturunan lah pulak..kalau tak cerita, kan tidak ade kesinambungan...oh yes..balik pangkal jalan semula...rabung...Rabung ni, ala-ala proses halau makluk halus gitu   ( halus besar cicit kuman pun boleh lari kalau kena rabung )..caranya..kalau along atau irfan nangis tak tahu ujung pangkal, mak mesti buat unggun api dari arang dalam dapur tanah ( yg kaler merah buat panggang ikan or ayam tuu ) and masukkan lada hitam , kulit bwang  dan bahan utamanya ialah...jeng..jeng..jeng...ricihan atau serpihan tanduk kerbau...hahahaha..nak besarkan along n irfan , nak habislah satu tanduk kerbau tu...bila dah mwerabung...berasaplah satu kedai..dengan nyamuk , dengan tokey kedai and pelanggan semua berair mata dan serombong pun kembang kempis tak cukup oksigen..maklumlah , barang dlm kedai banyak, kedai pulak rendah..tapi yg peliknya..menjadi jugak cara ni..irfan atau along mesti tak lama kedian berenti menangis
.Pada suatu hari yang indah permai..beburung bersiulan..( eceh..macam usop wheelechair lah pulak) .saya terdengar siaran di radio memaklumkan akan seorang pakar /kauselor kanak-kanak  akan datang ke K.T..nama tempat tu  Rumah Kelurga ( kalau tak silap lah ..dah kurang ingatan..hehehe ) yang letaknya depan sek.sultan sulaiman  rendah dan di jemput sesiapa yanmg berminat untuk berjumpa beliau boleh hadir berjumpa secara peribadi...so, saya , hubby n irfan pun pergi lah...masa tu umur irfan 13 bukan..dan boleh berjalan .
Encik tu ( dah lupa nama ) suruh saya lepaskan irfan bergerak bebas dalam biliknya sambil kami bersoal jawab...hancus lah bilik tu di kerjakan irfan. So..encik tu pun bagitau lah kami..irfan sebenarnya seorang kanak-kanak autisma...AUSTISMA...apa ke benda tu...nampak irfan orait je..tak de cacat cela.  Ituylah first time kami denagr perkataan tu..n Encik tu pun bla..bla..bla..ayat yang paling saya ingat..katanya," bersabar lah..ini ujian besar utuk puan dan suami dan ingat pesan saya..puan dan suami jangan terlalu tertekan dgn keaadan ini..supaya ianya tidak memudaratkan emosi puan dan suami." dan beliau mencadangkan kami membawa irfan ke hospital besar untuk rawatan selanjutnya. Kami..ok aje..tak nangis, tak sedeh ...biasa-biasa aje sbb tak terjangkau di pemikiran kami bahawasanya kami akan berdepan dengan satu cubaan yang sangat besar dan memeritkan.
Orang pertama kami bagitau..mestilah arwah mak....hahahahhaha , tak kan lah mak nak percaya..nak sebut perkataan Autisma pun terbelit lidah  inikan nak tahu maknanya. Mak , macam biasa..jumpa bomoh...ini mesti kenan..Bukan susah sgt pun nak cari bomoh..sbb kami ramai pelanggan..setiap pelanggan yg umur veteren cam mak,..mak mesti tanya kat mana nak cari bomoh kenan..maka dapat lah sederet bomoh dengan segala jenis kenan..so apalagi..hari2 mak berleter suruh jumpa bomoh situ,sini dan sinun..tapi kami buat pekak bapak badak..Dah hari2 dengar ceramah perdana mak..kami ikut lah jugak..jaga hati mak..pergi lah berbomoh...huh!..entah hapa2 entah...kelakor pun ade. Tak pe lah , cuba je..at least untuk beberapa bulan , mak hilang modal berceramah sbb kami dah ikut kehendaknya.
Balik umah mak ayah saya, kami bagitau lah pasal irfan. Mereka pun tak dapat nak kata apa-apa sebab tak pernah dengar pun perkataan ajaib ni. So, mereka suruh kami buat pemeriksaan kat sepital.
Bab sepital , citer kedian pulak...haaa..bab bawanglah pulak..
Sehingga umur irfan 20 tahun , belum pernah satu biji buah  dan sayuran yang dah masuk ke perutnya. alhamdullilah, beberapa bulan dulu, dia dah boleh terima cendawan goreng celup tepung buatan ayahnya..itulah saja sayuran yg boleh di terima..ok, bab bawang ni sebenarnya nak bagi tau...inilah makanan ringan @junk food yg paling irfan suka makan..masa tu umur nya dah 2,3 tahun gitew..kalau terlepas masuk bahagian kedai...inilah "buah-buahan " heheheh ..yang mesti dia cari...cikedis ke, ais kering ( bahasa tengganu ) lansung dia boo layan..So, mak akan kupas kulit bawang ( siap mak simpan lagi untuk acara rabung bila kecemasan ) and siatkan selapis-selapis untuik irfan makan..pelik jugak, sikit pun tak kuar airmata irfan time makan bawang ni..saya pernah terbaca ..pro.engku aziz pun suka makan bawang mentah..banyak khasiat...so saya bagitau hubby..irfan mesti bijak jugak sbb dia makan makanan kelas profesor makan lagi..
Bila balik kampung, mesti bawak bekal bawang besar..kadang dia makan dalam kereta...berairlah mata driver n penumpang lain..Jarak umah parent saya 80 km ..so , nak ke sampai ..mahu jugak lah habis beberapa bijik...barangan bajet murah heheheh ...tapi bau kereta..achuummm...boleh terbersin idung.
Selain bawang besar, dia suka makan air batu kiub..di gigitnya krup..krup..krup...ngilu rasanya. Itu makanan sampingan, makanan asasinya telur , ayam dan menyusu botol.
Bertahun jugak lah irfan makan bawang mentah dan air batu kiub..sampai lah kedai kami terpaksa dirobohkan untuk pembesaran jalan ...berenti dulu lah..lengoh jari jemari ku yang dah nak masuk 5 siries ni...ok, tata

No comments:

Post a Comment